Kelangsungan teknologi dalam Islam menjurus kepada asas-asas nilai, konsep dan
prinsip-prinsip yang bersifat sejagat, tetap, dan menyeluruh yang terkandung
dalam ajaran Islam. Ia merangkumi konsep tauhid, khilafah, ibadah, halal dan
haram, adil dan zalim, istislah (kepentingan awam) dan dhiya’ (pembaziran).
Teknologi moden yang digunakan pada hari ini perlu diolah dan dibangunkan
berasaskan pematuhan kepada prinsip-prinsip tersebut bagimemastikan kebaikannya
dapat dimanfaatkan oleh manusia dan seluruh alam.Tauhid antara perkara paling
utama yang menjadi teras dalam Islam adalah tauhid. Tauhid menurutbahasa adalah
meyakini keesaan Allah S.W.T atau menganggap Tuhan hanya ada satu dan tiada
yang lain.
Menurut istilah pula, tauhid bermaksud di dunia hanya terdapat satu Tuhan,
iaitu Tuhan Pencipta Seluruh Alam (Rabbul Alamin). Maksudnya, kita mengakui
bahawa tiada yang dipanggil sebagai Tuhan atau disembah sebagai Tuhan melainkan
Allah sebagaimana kenyataanal-Quran (al-Dhariyaat 56: 51): وما خلقت الجن
والسنس إل ليعبدون “Dan tidaklah sekali-kali Aku mencipta jin dan manusia itu,
melainkan agar mereka berbakti kepada-Ku semata-mata” Konsep ketauhidan
meletakkan manusia sebagai hamba yang bertanggungjawab melaksanakan segala
suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah S.W.T dengan meyakini sepenuh
hati bahawa tiada tuhan selain Allah. Ketauhidan ini semestinya diaplikasikan
dalamapa jua ruang lingkup aktiviti manusia termasuklah dalam aktiviti
teknologi. Sains dan teknologi dalam Islam amat berkait rapat dengan keimanan
seseorang yang melakukan reka cipta dan penghasilan teknologi tersebut.
Justeru, jika individu tersebut berpegang teguh pada syariat Islam, ia akan
menghasilkan suatu produk yang menepati syarak dan sekaligus mendapat keredhaan
daripada Allah S.W.T. Para saintis Muslim telah menjalankan kajian dengan
berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Oleh itu, hasil kajian yang mereka perolehi
adalah bertepatan seperti yang dinyatakan dalam ayat al-Quran itu sendiri.
Teknologi yang berteraskan tauhid mengarahkan teknologi diguna dan disalurkan
pada jalan yang benar dan tidak menyalahi apa jua perintah yang termaktub dalam
nas dan dalil-dalilal-Quran juga hadis. Teknologi dan hasilnya seharusnya
mengingatkan serta mendekatkan manusia kepada Allah selain mengingatkan bahawa
manusia memegang amanah untukmemakmurkan alam ini. Contoh, dengan adanya
teknologi aero angkasa, manusia berupayamencipta peralatan dan roket yang mampu
membawa manusia meneroka ruang angkasa lepas. Dengan itu, teknologi tersebut
membolehkan manusia melihat ruang angkasa lepas dan memikirkan betapa ajaib dan
Maha Hebatnya kuasa Allah yang merupakan penciptaNya.
Dalam konteks ajaran Islam, teknologi dilihat sebagai alat yang perlu
dikendalikan oleh manusia untuk menambahkan keimanan kepada Allah. Sebagai
contoh, dengan adanya teknologi manusia berupaya mencipta kapal selam yang
membolehkan manusia menyelam ke dasar lautan dan meneroka isi lautan ciptaan
Allah yang Maha Hebat. Justeru, manusia seharusnya bukan sekadar melihat
keindahan lautan dan hidupan di dalamnya bahkan sewajarnya berfikir tentang
kehebatan pencipta-Nya yang menciptakan lautan yang sebegitu indah dengan
pelbagai jenis ikan dan hidupan laut yang amat menakjubkan. Bagaimana mungkin
pencipta-Nya tidak hebat sedangkan Dia mencipta lautan yang luas dengan
berbagai jenis hidupan di dalamya. Malah jika direnung betapa hebatnya
pencipta-Nya (Allah) yang menciptakan ikan-ikan yang tidak pernah habis
walaupun telah menjadi sumber makanan manusia sejak zaman-berzaman.
Kesemuanya itu merupakan antara tanda-tanda kewujudan dan keagungan Allah.Oleh
itu, teknologi seharusnya berlandaskan tauhid agar hasilnya membuahkan lagi
kecintaan dan ketundukan manusia kepada Allah. Khilafah Hakikat penciptaan
manusia terdiri daripada unsur jasad (fizikal) dan rohani (spiritual) adalah
untuk memperhambakan diri kepada Allah (hamba Allah) dan sebagai khalifah
yangbertanggungjawab dan berusaha untuk menjadi manusia yang baik, mengajak
manusia lainmenjadi baik, dan seterusnya memakmurkan alam ini. Khalifah menurut
pengertian yang dinyatakan dalam Tafsir Pimpinan al-Rahman ialah “Seorang yang
dipertanggungjawabkan olehAllah untuk mengatur kehidupan manusia di bumi
berdasarkan wahyu dan syariat Allah, supaya kehidupan manusia menjadi lebih
teratur dan mempunyai tujuan hidup yang suci murni untukmencapai keredhaan
Allah”. Hakikatnya, manusia dengan tujuan penciptaannya hanya semata-mata
bertanggungjawab menerima, melaksana, dan menyampaikan apa yang diperintahkan
oleh Penciptanya.
Dalam aspek ini, peranan ilmu sangat penting dalam mengurus atur kehidupan
manusia. Oleh yang demikian, Islam menjelaskan kewajipan dan kepentingan
menuntut ilmu dan perkara ini secara mudahnya dapat difahami menerusi ayat
pertama yang diwahyukankepada Nabi Muhammad s.a.w. , iaitu ayat 1-5 daripada
surah al-Alaq. Menurut perspektif Islam, manusia sebagai khalifah sepatutnya
menggunakan ilmu sebagaisyarat utama dalam membangun ke tamadunan dan teknologi
moden. Ini bermaksud teknologi dan hasilnya perlu digunakan dengan cara yang
baik (makruf) dan bukannya untuk tujuan yang salah (mungkar/maksiat). Teknologi
seharusnya digunakan sebagai alat untuk memakmurkanalam dan bukannya digunakan
untuk merosak atau memusnahkan alam. Seorang khalifah dipertanggungjawabkan
dengan suatu amanah yang besar untuk mengatur kehidupan manusia berdasarkan
wahyu dan syariat Allah agar kehidupan manusia teratur serta menuju keredhaan
Allah S.W.T (Sheikh Abdullah Basmeih, 1999).
Dalam teknologi, manusia diamanahkan supaya melakukan perkara-perkara yang baik
dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Contohnya, seorang
programmer komputer perlu memastikan kandungan di dalamprogram-program komputer
haruslah menjurus kepada perkara kebaikan begitu juga dengangambar-gambar yang
dipaparkan haruslah menepati ciri-ciri syarak dan penulisan program haruslah
tidak berunsurkan maksiat (perkara-perkara yang dilarang oleh Allah). Dalam era
globalisasi, seseorang khalifah boleh berdakwah menerusi pelbagai saluran
dakwah berasaskan ICT seperti laman sosial Facebook, Twitter, dan blog malah
proses dakwah juga boleh dijalankan melalui khidmat pesanan ringkas (sms).
Selain daripada itu, media massaseperti radio dan televisyen juga boleh
memainkan peranan dalam aktiviti menyampaikandakwah secara lebih berkesan
memandangkan kedua-dua medium dakwah ini mempunyailiputan yang meluas dalam
masyarakat khasnya dalam kalangan remaja.
Pada dasarnya setiap sesuatu yang dicipta oleh Allah adalah halal dan harus
(mubah). Perkataan halal bermaksud baik dan berfaedah sementara perkataan haram
pula bermaksud buruk dan membawa kerosakan. Berbanding dengan perkara-perkara
yang halal, perkara-perkara yang diharamkan sebenarnya amat sedikit sekali
berdasarkan keterangan-keterangan dalam al Quran dan Hadis. Apa yang nyata,
setiap perkara yang diharamkan dalam Islam jelas merosakkan manusia sebagai
individu dan merosakkan alam secara keseluruhannya. Halal bermaksud baik dan
bersih dari segi fizikal dan rohani sementara bersih pula membawa maksud suci
daripada bahan-bahan yang kotor. Dalam sains dan teknologi Islam, halal adalah
satu tuntutan yang baik, manakala haram adalah perkara-perkara yang
dilarangdalam Islam. Justeru, Islam amat mementingkan aspek halal dan haram
dalam apa jua perkara kerana natijah daripada halal dan haram akan mempengaruhi
hati dan membentuk kehidupan manusia di dunia malah ia akan dipersoalkan di
akhirat nanti. Konsep halal dan haram bukan sahaja terhad kepada pengambilan
makanan bahkan turut meliputi seluruh urusan kehidupan seharian umat
Islam.
Begitu juga dalam aspek teknologi, sebarang aktiviti dan kegiatanteknologi yang
dilakukan mestilah mementingkan aspek kehalalannya. Ini bermaksud, penggunaan
dan penciptaan apa jua teknologi mestilah seiring dan menepati kehendak
Islam.Umpamanya, dalam aspek bioteknologi terdapat sempadan-sempadan dan
batasan tertentu dalam Islam seperti penggunaan kaedah bioteknologi DNA babi
(khinzir) dalam pemprosesan barangan, makanan, dan minuman adalah haram kerana
ia secara jelas dan telah disabitkan pengharamannya dalam syarak secara muktamad
(qat’ie). Antara contoh lain bagi penggunaan teknologi yang haram ialah
pengklonan manusia yang natijahnya akan hanya menghuru-harakan kehidupan
manusia seperti menimbulkan masalah dalam nasab dan keturunan manusia bahkan
banyak lagi akibat buruk di sebalik pengaplikasian teknologi tersebut. Dengan
kata lain, halal dan haram hendaklah sentiasa menjadi pertimbangan
manusia dalam rangka pembangunan dan penggunaan teknologi itu sendiri.
Secara tidak langsung ia juga berkait dengan persoalan adab dan akhlak Islam
yang merujuk kepada tindakan yang betul dilakukan oleh seseorang dan
bersesuaian serta bertepatan dengan suasana, masa serta keadaan dan terlebih
penting ialah tindakan tersebut menepatiperintah Allah S.W.T. Ini bermaksud,
sains dan teknologi tidak sewajarnya mengkesampingkan agama bahkan seharusnya
digunakan sebagai alat untuk membangunkan agama dan mentadbir dunia dengannya.
Halal daripada sudut hukum bererti sesuatu yang bukan haram, manakala haram
pula merupakan sesuatu yang boleh mengakibatkan dosa dan balasan seksa. Imam
al-Ghazali mentakrifkan halal sebagai suatu istilah yang berkait rapat dengan
ketentuan hukum dan merupakan suatu perkara yang bersalahan dengan syarak yang
menyebabkan ia dilarang. Melakukan sesuatu yang haram adalah berdosa manakala
ganjaran pahala disediakan sekiranyaseseorang Muslim itu meninggalkan perkara
yang haram.
Antara nas al-Quran yang menyebutberkenaan haram ialah ayat 59, Surah Yunus
yang menyeru manusia supaya memilih makanan yang bukan sahaja halal bahkan
makanan yang baik untuk tubuh badannya, manakala tenaga yang terhasil daripada
sumber makanan yang halal juga perlu digunakan untuk melaksanakan aktiviti
seharian yang halal termasuklah dalam aspek penggunaan sains dan teknologi.
Secararingkas dapat disimpulkan bahawa teknologi dan apa jua hasil daripadanya
mestilah mengingatkan manusia kepada Allah serta tanggungjawab kekhalifahan
yang diamanahkan untuk dilaksanakan mengikut lunas dan menepati nilai-nilai
Rabbani.IbadahManusia merupakan hamba Allah yang diperintahkan untuk mematuhi
dan melaksanakan segala perintah dan menjauhi larangan-Nya. Segala tindak
tanduk manusia tertakluk kepada ruang lingkup pengabdian diri kepada Allah bagi
memperolehi rahmat dan mendapatkan keredhaan-Nya.
Oleh itu, penggunaan teknologi yang tidak bercanggah dengan ruang lingkup
pengabdian kepada Allah merupakan sebahagian daripada ibadah yang dijanjikan
ganjaran pahala di sisi Allah. Ibadah yang dilaksanakan itu juga akan
memberikan faedah kepada kehidupan manusia dan alam semesta. Perkataan ibadah
menurut pengertian syarak bermaksud melaksanakan tuntutan kehambaan dan
pengabdian yang disertai dengan ketaatan sama ada secara lisan, hati (qalb)
atau dengan perbuatan sekalipun dilakukan secara terang-terangan mahupun secara
bersembunyiandengan hanya bermatlamatkan kerana Allah (sebagai tanda kepatuhan,
memohon keredhaan dan mengharapkan ganjaran pahala disisi-Nya). Perkara-perkara
yang tergolong dalam ibadahantaranya solat, menunaikan zakat, bercakap benar,
berbuat baik kepada orang tua, menjalinkan silaturrahim, menepati janji,
menyuruh berbuat baik, melarang perbuatan jahat, lemah lembut terhadap jiran
tetangga dan anak yatim, dan membuat kebajikan kepada orang-orang miskin danfi
sabilillah (berjuang di jalan Allah). Kalimah ibadah sering dikaitkan dengan
ganjaran pahala yang mana umat Islam disarankan agar mengaplikasikan konsep
ibadah ini dalam apa jua aktiviti kehidupan seharian.Ibadat merupakan perantara
(wasilah) antara makhluk dengan Penciptanya, antara langit danbumi, dan juga
antara alam dunia dan alam sam’iyyat (akhirat).
Keperluan manusia kepada ibadah adalah kerana ia merupakan makanan rohani yang
dapat menyuburkan ruh manusia yanghatinya sentiasa memerlukan pergantungan
kepada Allah S.W.T. ( Al-Qaradhawi, 1980). Yusuf Al-Qaradhawi menekankan dua
aspek pengertian ibadah sebagaimana berikut: i- Beriltizam dengan apa yang
disyariatkan oleh Allah dan dengan apa yang disebut oleh rasul-rasulnya, baik
dalam bentuk perintah, larangan, penghalalan dan juga pengharaman. Ini
menggambarkan unsur ketaatan dan kepatuhan kepada Allah S.WT. Pengiltizaman ini
terkeluar daripada hati yang cintakan Allah kerana tiada sesuatu yang wujud
yang lebih berhak dicintai selain daripada Allah S.W.T. Dialah yang empunya
kelebihan dan juga Ihsan (Al-Azhari Basri Ibrahim, 2003) Pengertian ibadah ini bukan
sahaja terhad kepada ibadah fardhu yang disyariatkan sahaja bahkan turut
merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang baik tidak terkecuali jugadalam
bidang teknologi. Ibadah dalam konteks teknologi dilihat sebagai apa jua
aktivitit eknologi yang dilaksanakan dengan niat yang baik serta dengan cara
yang halal dan tidak menyalahi syarak. Umpamanya dalam bidang bioteknologi,
persenyawaan luar rahim antarasperma lelaki dan wanita yang sah sebagai suami
isteri adalah diharuskan untuk mendapatkan zuriat. Pengaplikasian teknologi
dengan cara yang menepati hukum Islam adalah ibadah selainturut membantu
pasangan yang bermasalah untuk melangsungkan kesenambungan keturunanumat
manusia.