
Kesimpulannya, dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi satu keperluan bagi setiap orang. Teknologi telah pun menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Manusia yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di bawah tempurung.
Oleh itu, umat Islam hendaklah mengutamakan penciptaan serta penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan harian tetapi hanya dengan berpandukan etika-etika tertentu. Hal ini demikian kerana sebarang penyelewengan sama ada dalam penciptaan atau penggunaan teknologi maklumat yang semakin canggih ini akan memberi kesan yang buruk terhadap masyarakat.
No comments:
Post a Comment