Tuesday, 29 March 2016

IMPLIKASI PENGABAIAN ETIKA TERHADAP PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT.



Pendidikan.


Pelajar akan mengambil jalan mudah untuk melakukan tugasan atau kerja dengan melakukan plagiarisme iaitu mengambil hasil atau idea orang lain dan memasukkan hasil tersebut kedalam hasil atau tugasan kita sendiri. Ini akan memberi kesan kepada sikap seseorang individu itu sendiri. Pelajar akan menjadi malas untuk berfikir dan mudah bergantung harap dengan orang lain tanpa usaha sendiri.


Selain itu, bagi pelajar yang berlatarbelakangkan keluarga yang susah akan menjadi beban sekiranya telekomunikasi ini menjadi sesuatu yang penting. Ini kerana, ibubapa yang berada diluar bandar adalah hidup dalam keadaan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Oleh itu, pelajar tersebut tidak berkemampuan untuk memiliki sebuah komputer apatah lagi jalur lebar internet. Ini akan menyebabkan pelajar seperti ini akan ketinggalan dan sukar untuk mendapatkan ilmu. Contohnya pelajar seperti ini akan mendapat maklumat dengan lambat dan mundur dalam penggunaan telekomunikasi.


Pembaziran wang. 


Pembaziran wang berlaku apabila penggunaan sms, mms, panggilan dan GPRS yang terlalu banyak dan melebihi kemampuan. Sekiranya telefon bimbit digunakan oleh pelajar, ibu bapa terpaksa menampung kos tersebut. Para remaja khususnya begitu mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang ditayangkan seperti memuatkan turun lagu dan applikasi yang sesetengahnya dikenakan bayaran. Undian Akademi Fantasia juga merupakan salah satu pembaziran yang tanpa kita sedari telah memberi keuntungan berlipat kali ganda kepada pembekal servis talian. 


Penyebaran unsur-unsur lucah. 


Penyebaran unsur-unsur lucah seperti gambar dan video sangat mudah dengan adanya telefon bimbit.  Kebolehan telefon bimbit untuk mudah memuatkan turun gambar/video dan juga fungsi Bluetooth telah membantu penyebaran unsur-unsur lucah ini. Ianya telah memberi kesan yang tidak baik kepada para remaja khususnya kerana sikap mereka yang ingin tahu perkara-perkara yang baru kepada mereka. Ini merupakan salah satu punca akan peningkatan kadar kes tidak bermoral di sekolah.



No comments:

Post a Comment