Tuesday, 29 March 2016

IMPLIKASI PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SECARA BERETIKA


Mudah mendapatkan maklumat
Pelbagai maklumat boleh diakses melalui medium ICT seperti internet. Hal ini memudahkan para pelajar mendapatkan maklumat tentang hal-hal berkaitan pendidikan di internet. Para pelajar boleh melayari blog-blog pendidikan yang semakin banyak di internet.

Memudahkan komunikasi
Melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter, Skype, dan sebagainya manusia boleh berkomunikasi secara atas talian dengan mudah dan cepat. Ibu bapa juga boleh mengubat rindu dengan cara menghubungi anak-anak mereka yang berada jauh di perantauan melalui laman sosial Skype.

Mempercepatkan urusan
Kini, pelbagai urusan kerajaan atau swasta dengan mudah boleh dilakukan secara dalam talian. Contohnya, urusan perbankan, pembayaran bil utiliti, permohonan kerja, membeli belah, dan sebagainya. Orang awam tidak perlu lagi beratur panjang untuk membayar bil di kaunter sebaliknya boleh terus membayar bil utiliti mereka di internet dengan mudah yang cepat.

Mengetahui perkembangan semasa yang berlaku. 
Kemajuan ICT yang bersifat global memudahkan seseorang mengetahui berita atau kejadian yang berlaku di luar negara dengan mudah dan cepat. Laman sesawang berita setiap negara boleh diakses melalui jaringan internet untuk mendapatkan berita-berita terkini dari negara luar.

Induvidu/syarikat dapat meluaskan pasaran perniagaan mereka. 
Perdagangan antara atas talian kini semakin popular dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, perkembangan pesat teknologi maklumat mampu membawa jaringan perniagaan yang luas dan lebih berdaya saing melalui atas talian. Pembelian secara atas talian juga membawa banyak kelebihan kepada pembeli khususnya. Hal ini kerana mereka mempunyai banyak variasi barangan yang boleh dibandingkan harga serta fungsinya. Pembeli juga mampu menjimatkan masa mereka melalui belian atas talian daripada membeli barangan di pasar raya.

No comments:

Post a Comment