- Menurut Istilah konsep teknologi sering digunakan bersama-sama dengan istilah sains dan ada pula yang menganggap sinomin dengan perkataan sains itu sendiri. Sebenarnya anggapan tersebut tidak begitu tepat, sebaliknya makna teknologi yang lebih tepat dapat difahami dengan merujukkepada etimologinya (Hairudin Harun, 1992). Dari sudut bahasa, perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani ‘Techne’ bermaksud seni atau kerja tangan dan ‘Logos’ bermaksud wacana atau kata-kata sistematis. Oleh itu, teknologi merupakan satu ilmu yang lebih bersifat praktikal berbanding ilmu sains yang lebih bersifat teorikal. Dari segi istilah pula, perkataan teknologi ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem, biasanya dikaitkan dengan proses industri tetapi juga digunakan dengan mana-mana kegiatan dan berkait rapat dengan sains kejuruteraan.
- Dalam sejarah sains dan teknologi Islam, kalimah yang bertepatan dengan istilah teknologi dalam bahasa Arab ialah sina’ah yang bererti ilmu gunaan. Dalam menghuraikan maksud kalimah sina’ah ini, al-Jurjani menyatakan bahawa ilmu yang tiada kaitan dengan aktiviti (praktikal) dipupuk untuk tujuannya yang tersendiri maka dipanggil ilm, tetapi sekiranyaia tiada kaitan dengan sesuatu aktiviti (praktikal) dan dipupuk oleh sebab aktiviti itu maka ia dipanggil sina’ah. Kesimpulannya, ilmu teknologi ialah ilmu praktis atau teknik yangmembolehkan manusia membuat sesuatu perubahan kepada alam tabii. Teknologi ditakrifkan sebagai penggunaan pengetahuan yang umum kepada ‘sains perusahaan’(Fowler dan Fowler, 1964), alat-alat termasuk jentera, alat-alat intelektual seperti bahasakomputer dan teknik analisis dan yang memakai ilmu matematik (Mesthene, 1971), penerapan yang teratur terhadap sains atau pengetahuan yang tersusun bagi tugas-tugas secara praktis(Galbraith, 1974). Menurut Sardar (1977), teknologi lebih merupakan suatu kesan sosial daripada suatutakrif, yang mana semakin dekat kita kepada kesan tersebut, maka semakin sukar bagi kita untukmemberikan takrif baginya. Manakala Dickson (1974), menyatakan bahawa penggunaan perkataan teknologi telah digunakan dalam pengertian sosial yang lebih luas dengan cara yangmenunjukkan hubungan antara bahasa, perkataan dan pengucapan. Sidik Baba (1997) pula mendefinisikan teknologi sebagai suatu aspek penghasilan sains yang sifatnya memudahkan sesuatu. Sekiranya ia dihasilkan dengan niat yang baik dan digunakan dengan betul maka ia boleh mensejahterakan hidup manusia.
- Islam tidak menolak sebarang bentuk teknologi dan apa juga bentuk kemodenan selagitidak bercanggah dengan ajarannya. Al-Quran malah memberitakan bahawa manusia adalah khalifah di atas muka bumi dan Allah menempatkan posisi alam ini untuk digunakan oleh manusia dengan usaha-usahanya yang baik. Firman Allah (al-Baqarah 2: 29) yang bermaksud: “Allah yang menjadikan semua yang ada di bumi untuk kamu (manusia).”Dalam ayat yang lain (Ibrahim 14: 70) Allah menegaskan yang maksudnya; “Allah telah menciptakan langit, bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian air hujan itu menumbuhkan berbagai-bagai buah-buahan menjadi rezeki untukmu, dan dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu belayar di lautan dengan kehendakNya dan Dia telah menundukkan pula bagimu matahari dan bulan yang terus-menerus tersebar dalam orbit dan telah menundukkan bagimu malam dan siang. Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) daripada segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah tidaklah kamu dapat menghitungnya, sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah”. Kemajuan yang dicapai oleh manusia dalam bidang material, sebagai hasil daripada perkembangan teknologi moden tidak boleh dihukumkan sama sekali. Hal ini demikian kerana teknologi adalah sesuatu yang bersifat bebas nilai. Dalam perspektif yang mudah difahami, kecanggihan teknologi akan memberi manfaat kepada manusia jika digunakan dengan cara yang betul.
Tuesday, 29 March 2016
PENDAHULUAN :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment