Kelangsungan teknologi dalam Islam menjurus kepada asas-asas nilai, konsep dan
prinsip-prinsip yang bersifat sejagat, tetap, dan menyeluruh yang terkandung
dalam ajaran Islam. Ia merangkumi konsep tauhid, khilafah, ibadah, halal dan
haram, adil dan zalim, istislah (kepentingan awam) dan dhiya’ (pembaziran).
Teknologi moden yang digunakan pada hari ini perlu diolah dan dibangunkan
berasaskan pematuhan kepada prinsip-prinsip tersebut bagimemastikan kebaikannya
dapat dimanfaatkan oleh manusia dan seluruh alam.Tauhid antara perkara paling
utama yang menjadi teras dalam Islam adalah tauhid. Tauhid menurutbahasa adalah
meyakini keesaan Allah S.W.T atau menganggap Tuhan hanya ada satu dan tiada
yang lain.
Menurut istilah pula, tauhid bermaksud di dunia hanya terdapat satu Tuhan, iaitu Tuhan Pencipta Seluruh Alam (Rabbul Alamin). Maksudnya, kita mengakui bahawa tiada yang dipanggil sebagai Tuhan atau disembah sebagai Tuhan melainkan Allah sebagaimana kenyataanal-Quran (al-Dhariyaat 56: 51): وما خلقت الجن والسنس إل ليعبدون “Dan tidaklah sekali-kali Aku mencipta jin dan manusia itu, melainkan agar mereka berbakti kepada-Ku semata-mata” Konsep ketauhidan meletakkan manusia sebagai hamba yang bertanggungjawab melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah S.W.T dengan meyakini sepenuh hati bahawa tiada tuhan selain Allah. Ketauhidan ini semestinya diaplikasikan dalamapa jua ruang lingkup aktiviti manusia termasuklah dalam aktiviti teknologi. Sains dan teknologi dalam Islam amat berkait rapat dengan keimanan seseorang yang melakukan reka cipta dan penghasilan teknologi tersebut.
Justeru, jika individu tersebut berpegang teguh pada syariat Islam, ia akan menghasilkan suatu produk yang menepati syarak dan sekaligus mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T. Para saintis Muslim telah menjalankan kajian dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Oleh itu, hasil kajian yang mereka perolehi adalah bertepatan seperti yang dinyatakan dalam ayat al-Quran itu sendiri. Teknologi yang berteraskan tauhid mengarahkan teknologi diguna dan disalurkan pada jalan yang benar dan tidak menyalahi apa jua perintah yang termaktub dalam nas dan dalil-dalilal-Quran juga hadis. Teknologi dan hasilnya seharusnya mengingatkan serta mendekatkan manusia kepada Allah selain mengingatkan bahawa manusia memegang amanah untukmemakmurkan alam ini. Contoh, dengan adanya teknologi aero angkasa, manusia berupayamencipta peralatan dan roket yang mampu membawa manusia meneroka ruang angkasa lepas. Dengan itu, teknologi tersebut membolehkan manusia melihat ruang angkasa lepas dan memikirkan betapa ajaib dan Maha Hebatnya kuasa Allah yang merupakan penciptaNya.
Dalam konteks ajaran Islam, teknologi dilihat sebagai alat yang perlu dikendalikan oleh manusia untuk menambahkan keimanan kepada Allah. Sebagai contoh, dengan adanya teknologi manusia berupaya mencipta kapal selam yang membolehkan manusia menyelam ke dasar lautan dan meneroka isi lautan ciptaan Allah yang Maha Hebat. Justeru, manusia seharusnya bukan sekadar melihat keindahan lautan dan hidupan di dalamnya bahkan sewajarnya berfikir tentang kehebatan pencipta-Nya yang menciptakan lautan yang sebegitu indah dengan pelbagai jenis ikan dan hidupan laut yang amat menakjubkan. Bagaimana mungkin pencipta-Nya tidak hebat sedangkan Dia mencipta lautan yang luas dengan berbagai jenis hidupan di dalamya. Malah jika direnung betapa hebatnya pencipta-Nya (Allah) yang menciptakan ikan-ikan yang tidak pernah habis walaupun telah menjadi sumber makanan manusia sejak zaman-berzaman.
Kesemuanya itu merupakan antara tanda-tanda kewujudan dan keagungan Allah.Oleh itu, teknologi seharusnya berlandaskan tauhid agar hasilnya membuahkan lagi kecintaan dan ketundukan manusia kepada Allah. Khilafah Hakikat penciptaan manusia terdiri daripada unsur jasad (fizikal) dan rohani (spiritual) adalah untuk memperhambakan diri kepada Allah (hamba Allah) dan sebagai khalifah yangbertanggungjawab dan berusaha untuk menjadi manusia yang baik, mengajak manusia lainmenjadi baik, dan seterusnya memakmurkan alam ini. Khalifah menurut pengertian yang dinyatakan dalam Tafsir Pimpinan al-Rahman ialah “Seorang yang dipertanggungjawabkan olehAllah untuk mengatur kehidupan manusia di bumi berdasarkan wahyu dan syariat Allah, supaya kehidupan manusia menjadi lebih teratur dan mempunyai tujuan hidup yang suci murni untukmencapai keredhaan Allah”. Hakikatnya, manusia dengan tujuan penciptaannya hanya semata-mata bertanggungjawab menerima, melaksana, dan menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Penciptanya.
Dalam aspek ini, peranan ilmu sangat penting dalam mengurus atur kehidupan manusia. Oleh yang demikian, Islam menjelaskan kewajipan dan kepentingan menuntut ilmu dan perkara ini secara mudahnya dapat difahami menerusi ayat pertama yang diwahyukankepada Nabi Muhammad s.a.w. , iaitu ayat 1-5 daripada surah al-Alaq. Menurut perspektif Islam, manusia sebagai khalifah sepatutnya menggunakan ilmu sebagaisyarat utama dalam membangun ke tamadunan dan teknologi moden. Ini bermaksud teknologi dan hasilnya perlu digunakan dengan cara yang baik (makruf) dan bukannya untuk tujuan yang salah (mungkar/maksiat). Teknologi seharusnya digunakan sebagai alat untuk memakmurkanalam dan bukannya digunakan untuk merosak atau memusnahkan alam. Seorang khalifah dipertanggungjawabkan dengan suatu amanah yang besar untuk mengatur kehidupan manusia berdasarkan wahyu dan syariat Allah agar kehidupan manusia teratur serta menuju keredhaan Allah S.W.T (Sheikh Abdullah Basmeih, 1999).
Dalam teknologi, manusia diamanahkan supaya melakukan perkara-perkara yang baik dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Contohnya, seorang programmer komputer perlu memastikan kandungan di dalamprogram-program komputer haruslah menjurus kepada perkara kebaikan begitu juga dengangambar-gambar yang dipaparkan haruslah menepati ciri-ciri syarak dan penulisan program haruslah tidak berunsurkan maksiat (perkara-perkara yang dilarang oleh Allah). Dalam era globalisasi, seseorang khalifah boleh berdakwah menerusi pelbagai saluran dakwah berasaskan ICT seperti laman sosial Facebook, Twitter, dan blog malah proses dakwah juga boleh dijalankan melalui khidmat pesanan ringkas (sms). Selain daripada itu, media massaseperti radio dan televisyen juga boleh memainkan peranan dalam aktiviti menyampaikandakwah secara lebih berkesan memandangkan kedua-dua medium dakwah ini mempunyailiputan yang meluas dalam masyarakat khasnya dalam kalangan remaja.
Pada dasarnya setiap sesuatu yang dicipta oleh Allah adalah halal dan harus (mubah). Perkataan halal bermaksud baik dan berfaedah sementara perkataan haram pula bermaksud buruk dan membawa kerosakan. Berbanding dengan perkara-perkara yang halal, perkara-perkara yang diharamkan sebenarnya amat sedikit sekali berdasarkan keterangan-keterangan dalam al Quran dan Hadis. Apa yang nyata, setiap perkara yang diharamkan dalam Islam jelas merosakkan manusia sebagai individu dan merosakkan alam secara keseluruhannya. Halal bermaksud baik dan bersih dari segi fizikal dan rohani sementara bersih pula membawa maksud suci daripada bahan-bahan yang kotor. Dalam sains dan teknologi Islam, halal adalah satu tuntutan yang baik, manakala haram adalah perkara-perkara yang dilarangdalam Islam. Justeru, Islam amat mementingkan aspek halal dan haram dalam apa jua perkara kerana natijah daripada halal dan haram akan mempengaruhi hati dan membentuk kehidupan manusia di dunia malah ia akan dipersoalkan di akhirat nanti. Konsep halal dan haram bukan sahaja terhad kepada pengambilan makanan bahkan turut meliputi seluruh urusan kehidupan seharian umat Islam.
Begitu juga dalam aspek teknologi, sebarang aktiviti dan kegiatanteknologi yang dilakukan mestilah mementingkan aspek kehalalannya. Ini bermaksud, penggunaan dan penciptaan apa jua teknologi mestilah seiring dan menepati kehendak Islam.Umpamanya, dalam aspek bioteknologi terdapat sempadan-sempadan dan batasan tertentu dalam Islam seperti penggunaan kaedah bioteknologi DNA babi (khinzir) dalam pemprosesan barangan, makanan, dan minuman adalah haram kerana ia secara jelas dan telah disabitkan pengharamannya dalam syarak secara muktamad (qat’ie). Antara contoh lain bagi penggunaan teknologi yang haram ialah pengklonan manusia yang natijahnya akan hanya menghuru-harakan kehidupan manusia seperti menimbulkan masalah dalam nasab dan keturunan manusia bahkan banyak lagi akibat buruk di sebalik pengaplikasian teknologi tersebut. Dengan kata lain, halal dan haram hendaklah sentiasa menjadi pertimbangan manusia dalam rangka pembangunan dan penggunaan teknologi itu sendiri.
Secara tidak langsung ia juga berkait dengan persoalan adab dan akhlak Islam yang merujuk kepada tindakan yang betul dilakukan oleh seseorang dan bersesuaian serta bertepatan dengan suasana, masa serta keadaan dan terlebih penting ialah tindakan tersebut menepatiperintah Allah S.W.T. Ini bermaksud, sains dan teknologi tidak sewajarnya mengkesampingkan agama bahkan seharusnya digunakan sebagai alat untuk membangunkan agama dan mentadbir dunia dengannya. Halal daripada sudut hukum bererti sesuatu yang bukan haram, manakala haram pula merupakan sesuatu yang boleh mengakibatkan dosa dan balasan seksa. Imam al-Ghazali mentakrifkan halal sebagai suatu istilah yang berkait rapat dengan ketentuan hukum dan merupakan suatu perkara yang bersalahan dengan syarak yang menyebabkan ia dilarang. Melakukan sesuatu yang haram adalah berdosa manakala ganjaran pahala disediakan sekiranyaseseorang Muslim itu meninggalkan perkara yang haram.
Antara nas al-Quran yang menyebutberkenaan haram ialah ayat 59, Surah Yunus yang menyeru manusia supaya memilih makanan yang bukan sahaja halal bahkan makanan yang baik untuk tubuh badannya, manakala tenaga yang terhasil daripada sumber makanan yang halal juga perlu digunakan untuk melaksanakan aktiviti seharian yang halal termasuklah dalam aspek penggunaan sains dan teknologi. Secararingkas dapat disimpulkan bahawa teknologi dan apa jua hasil daripadanya mestilah mengingatkan manusia kepada Allah serta tanggungjawab kekhalifahan yang diamanahkan untuk dilaksanakan mengikut lunas dan menepati nilai-nilai Rabbani.IbadahManusia merupakan hamba Allah yang diperintahkan untuk mematuhi dan melaksanakan segala perintah dan menjauhi larangan-Nya. Segala tindak tanduk manusia tertakluk kepada ruang lingkup pengabdian diri kepada Allah bagi memperolehi rahmat dan mendapatkan keredhaan-Nya.
Oleh itu, penggunaan teknologi yang tidak bercanggah dengan ruang lingkup pengabdian kepada Allah merupakan sebahagian daripada ibadah yang dijanjikan ganjaran pahala di sisi Allah. Ibadah yang dilaksanakan itu juga akan memberikan faedah kepada kehidupan manusia dan alam semesta. Perkataan ibadah menurut pengertian syarak bermaksud melaksanakan tuntutan kehambaan dan pengabdian yang disertai dengan ketaatan sama ada secara lisan, hati (qalb) atau dengan perbuatan sekalipun dilakukan secara terang-terangan mahupun secara bersembunyiandengan hanya bermatlamatkan kerana Allah (sebagai tanda kepatuhan, memohon keredhaan dan mengharapkan ganjaran pahala disisi-Nya). Perkara-perkara yang tergolong dalam ibadahantaranya solat, menunaikan zakat, bercakap benar, berbuat baik kepada orang tua, menjalinkan silaturrahim, menepati janji, menyuruh berbuat baik, melarang perbuatan jahat, lemah lembut terhadap jiran tetangga dan anak yatim, dan membuat kebajikan kepada orang-orang miskin danfi sabilillah (berjuang di jalan Allah). Kalimah ibadah sering dikaitkan dengan ganjaran pahala yang mana umat Islam disarankan agar mengaplikasikan konsep ibadah ini dalam apa jua aktiviti kehidupan seharian.Ibadat merupakan perantara (wasilah) antara makhluk dengan Penciptanya, antara langit danbumi, dan juga antara alam dunia dan alam sam’iyyat (akhirat).
Keperluan manusia kepada ibadah adalah kerana ia merupakan makanan rohani yang dapat menyuburkan ruh manusia yanghatinya sentiasa memerlukan pergantungan kepada Allah S.W.T. ( Al-Qaradhawi, 1980). Yusuf Al-Qaradhawi menekankan dua aspek pengertian ibadah sebagaimana berikut: i- Beriltizam dengan apa yang disyariatkan oleh Allah dan dengan apa yang disebut oleh rasul-rasulnya, baik dalam bentuk perintah, larangan, penghalalan dan juga pengharaman. Ini menggambarkan unsur ketaatan dan kepatuhan kepada Allah S.WT. Pengiltizaman ini terkeluar daripada hati yang cintakan Allah kerana tiada sesuatu yang wujud yang lebih berhak dicintai selain daripada Allah S.W.T. Dialah yang empunya kelebihan dan juga Ihsan (Al-Azhari Basri Ibrahim, 2003) Pengertian ibadah ini bukan sahaja terhad kepada ibadah fardhu yang disyariatkan sahaja bahkan turut merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang baik tidak terkecuali jugadalam bidang teknologi. Ibadah dalam konteks teknologi dilihat sebagai apa jua aktivitit eknologi yang dilaksanakan dengan niat yang baik serta dengan cara yang halal dan tidak menyalahi syarak. Umpamanya dalam bidang bioteknologi, persenyawaan luar rahim antarasperma lelaki dan wanita yang sah sebagai suami isteri adalah diharuskan untuk mendapatkan zuriat. Pengaplikasian teknologi dengan cara yang menepati hukum Islam adalah ibadah selainturut membantu pasangan yang bermasalah untuk melangsungkan kesenambungan keturunanumat manusia.
No comments:
Post a Comment